29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Seorang pemilik kedai pakaian seragam sekolah menanggung kerugian lebih RM300,000 selepas premis perniagaannya musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Mahkota, di sini, semalam.
Wong Yu Sing, 40-an berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika dia sedang menyiapkan tempahan pakaian.
Menurutnya, kedai itu disewanya sejak 10 tahun lalu dan dia bercadang berpindah ke premis baru di Jalan Wong Ah Jang, minggu ini.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa, namun sempat meminta pengawal keselamatan di bangunan sebelah menghubungi pihak bomba.
“Hanya beberapa barangan sempat saya selamatkan kerana asap tebal menyukarkan saya masuk ke premis,” katanya ketika ditemui, di sini.
Yu Sing berkata, dia menyewa premis terbabit daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, beliau tidak pasti punca kebakaran itu memandangkan bangunan terbabit tidak mempunyai masalah pendawaian elektrik.
“Bangunan tiga tingkat yang mempunyai 11 lot kedai ini memberi ruang kepada peniaga menjalankan aktiviti mereka sejak 10 tahun lalu dan setakat ini tiada masalah timbul sehingga berlaku kejadian ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Pegawai Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Bukit Ubi, Burhan Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari dan menghantar empat jentera, bersama satu van dan 27 anggota ke tempat kejadian.
Menurutnya, api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya jam 1.15 tengah hari.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih lagi dalam siasatan," katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan