29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SUNGAI SIPUT - Seekor gajah betina yang sebelum ini berkeliaran secara berkumpulan di sekitar kebun milik penduduk di Sekitar Jalong berjaya ditangkap sebelum dipindahkan, dalam satu operasi yang dijalankan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, di sini, semalam.
Dengan bantuan dua ekor gajah betina dewasa dan terlatih yang bernama Siti serta Kasturi, operasi yang disertai 26 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Jabatan Perhilitan Perak itu menjadikan tugas membawa keluar gajah berusia dalam lingkungan 12 tahun itu berjalan lancar.
Ketua Unit Gajah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Nasharuddin Othman berkata, susulan aduan penduduk mengenai kehadiran kumpulan gajah liar berkenaan, operasi menjejak haiwan liar itu dijalankan dan seminggu lalu gajah betina dengan anggaran berat 1.4 tan berjaya di tangkap.
Menurutnya, operasi pemindahan gajah liar itu dari Hutan Simpan Piah yang hanya berjarak beberapa meter dari kebun penduduk berjalan dengan lancar walaupun berdepan risiko agak tinggi.
"Berdasarkan intipan dan operasi menjejak yang dilakukan, kita berjaya mengesan sekumpulan gajah liar dengan anggaran 10 ekor.
"Bagaimanapun, kita berjaya menangkap salah seekor daripada kumpulan berkenaan yang dipercayai masih remaja dan belum mempunyai anak dengan menggunakan ubat pelali.
"Dalam tempoh seminggu gajah itu diletakkan di kawasan hutan berkenaan dan pada hari ini dengan bantuan dua ekor gajah denak, ia di bawa keluar untuk dipindahkan ke lokasi lain.
"Kawasan ini agak tinggi risikonya kerana keadaan berbukit-bukau dan gajah boleh terjatuh tetapi dalam ma 1 jam lebih, gajah ini dengan bantuan satu das suntikan ubat pelali keluar dalam keadaan baik.
"Dos ubat pelali yang digunakan amat rendah dan gajah berkenaan hanya mengalami kecederaan kecil di bahagian kaki kerana bergeser dengan rantai diikat tetapi secara keseluruhannya keadaannya amat baik," katanya selesai operasi pemindahan berkenaan.
Beliau berkata, selepas membuat perbincangan, gajah berkenaan akan diputuskan sama ada di hantar ke Taman Negara atau dilepaskan di Hutan Belum.
"Kos pemindahan ini menelan belanja kira-kira RM45,000 dan kita akan membuat susulan di kawasan ini memandangkan kumpulan gajah masih berada di sini.
"Bagi membantu menyelesaikan masalah kebun penduduk diganggu haiwan liar ini, projek membina pagar elektrik di sekitar kawasan ini akan dimulakan pada bulan ini.
"Pagar sepanjang 18 kilometer akan dibina bagi menghalang gajah-gajah liar masuk ke kawasan kebun, sekaligus memelihara haiwan ini," katanya.
56 kakitangan latih gajah liar
Sementara itu, kata Nasharuddin, sehingga kini terdapat seramai 56 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang berada di Kuala Gandah, Pahang dan mereka berperanan melatih gajah liar menjadi jinak.
"Dua ekor gajah betina berusia 20 dan 30 tahun yang digunakan untuk membantu operasi pemindahan ini juga dilatih di sana.
"Semua kakitangan adalah warga tempatan dan sebelum ini kita ada mendapatkan bantuan dari India.
"Sehingga kini, terdapat banyak gajah yang masih dalam proses latihan dan semuanya berjalan lancar," katanya.
Penduduk lega
Penduduk di Kampung Jalong dan sekitar mampu menarik nafas lega apabila salah seekor gajah yang sebelum ini merosakkan tanaman mereka sudah dipindah keluar dari hutan simpan berhampiran.
Sebelum ini, penduduk merungut kerana hasil tanaman mereka musnah dan sebahagian daripada mereka mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit akibat pencerobohan gajah liar.
Seorang penduduk, Abu Kassim Talib, 59 berkata, walaupun seekor sudah dipindahkan penduduk tetap risau sekiranya kumpulan yang lain akan datang semula.
"Kita rasa lega dan masalah ini akan selesai sekiranya gajah yang lain tidak datang semula serta masalah ini sebenarnya sudah berlarutan sejak 3 bulan lalu.
"Bila tiba waktu malam, kumpulan gajah ini akan masuk ke kebun pisang dan tanaman lain untuk mencari makanan menyebabkan hasil penduduk musnah," katanya.
Pernah alami kerugian
Seorang lagi penduduk, Shafie Abdullah, 54, pula mengalami kerugian kira-kira RM10,000 apabila tanaman pisangnya menjadi sasaran gajah liar berkenaan.
"Sudah banyak kali kumpulan gajah liar ini masuk ke kebun tanaman pisang saya dan tiada apa yang dapat dilakukan.
"Bukan sahaja kawasan kebun, penduduk juga bimbang gajah-gajah ini akan mengganggu ketenteraman kampung dan mengancam nyawa," katanya.
Pengalaman menakutkan
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Ariffin Don, 51, berkata kehadiran kumpulan gajah liar berkenaan memang membimbangkan penduduk, bahkan mereka takut untuk keluar bekerja.
"Apabila tiba musim buah-buahan, penduduk tidak sempat mengambil hasilnya kerana sudah dibaham gajah-gajah ini dan kami rugi begitu sahaja.
"Apabila sudah tahu kebun sering menjadi sasaran, penduduk juga takut untuk keluar mencari rezeki tetapi dengan usaha ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah ini," katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan