29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
TENNESSEE - Bapa kepada 30 anak dari Knoxville, Tennessee sekali lagi menuntut mahkamah memberinya ‘tempoh berehat’ berhubung pemberian nafkah kepada keluarga besarnya itu selepas merasakan dia tidak mampu untuk menunaikan kewajipan tersebut.
Sebelum ini, Desmond Hatchett, 33, mendakwa dia memerlukan bantuan berikutan gaji bulanannya tidak mencukupi kerana ia perlu dibahagikan kepada 11 ibu dan 30 anaknya yang berumur antara setahun hingga 14 tahun.
Difahamkan, walaupun mengikut undang-undang dia sepatutnya memberi wang nafkah sebanyak AS$25 (RM78) hingga AS$309 (RM969), ada antara mereka hanya memperoleh AS$1.49 (RM4.70) sebulan.
‘Saya tidak mampu lagi menyara mereka. Krisis kewangan paling teruk pernah saya alami semasa menyambut kelahiran empat anak serentak," menurutnya.
Pada 2009, Hatchett pernah dibicarakan selepas didakwa gagal memberikan nafkah kepada 21 anaknya.
Pada masa itu, dia berjanji tidak mahu menambah anak lagi tetapi selepas tiga tahun, lelaki tersebut masih dikurniakan sembilan anak daripada ibu berbeza.
Menurut laporan media tempatan, kerajaan tempatan tidak boleh mengarahkan Hatchett untuk berhenti menambah ahli keluarganya kerana ia tidak melanggar undang-undang.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan