29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KETUA Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria tetap berpuas hati kekalahan 1-0 kepada Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA 2012, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Sambil mengakui pemainnya tidak tertekan berhadapan puluhan ribu penyokong yang membanjiri stadium, Ismail optimis skuadnya mampu bangkit selepas ini.
“Kita tiada penyudah tepat walaupun mencipta banyak peluang. Kita bermain mengikut perancangan tapi nasib tidak menyebelahi pasukan.
“Malah, sumbangan pemain import, Leandro Santos Pinto nyata sedikit mengecewakan,” katanya.
Ismail juga percaya anak didiknya mendapat pengajaran berharga apabila berdepan lawan hebat dari Liga Super itu walaupun akur dengan kekalahan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mohammed Ghaddar Mahmoud pada m-58
“Saya menaruh harapan kami mampu memberikan lebih baik selepas ini,” katanya yang memberi fokus layak menyertai saingan Piala Malaysia musim ini.
Wakil pasukan Lembah Klang itu tidak pulang kosong apabila kapten mereka, Es Lizuan Zahid Amir diumum pemain terbaik perlawanan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan