21 Mei 2012

Drogba puji kebangkitan The Blues

29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

DIDIER Drogba berkata, mereka tidak pernah berputus asa meskipun ketinggalan 0-1 ketika permainan berbaki lapan minit untuk ditamatkan.

Malah katanya, sikap dipamerkan pemain Chelsea sepanjang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich awal pagi semalam amat menakjubkan dan sukar dipercayai.

Drogba dijulang selaku wira The Blues selepas menjaringkan gol penyamaan pasukannya pada minit ke-88, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Penyerang antarabangsa Ivory Coast itu meledak gol kemenangan Chelsea selepas menjadi pemain terakhir yang mengambil tendangan dalam penentuan sepakan penalti.

“Saya rasa keinginan untuk menjulang trofi ini buat kali pertama mendorong kami bermain bermati-matian.

“Semangat kami tidak pernah mati sepanjang perlawa­nan ini,” katanya. Pada masa sama, Drogba turut memuji ketangkasan penjaga gol, Petr Cech.

“Kami tidak perlu bimbang sekiranya dia yang mengawal pintu gol,” katanya tidak menolak final Liga Juara-Juara itu mungkin aksi terakhirnya bersama Chelsea, musim ini.

Sinar Harian

Tiada ulasan: