29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SELISING - Kegembiraan pasukan Kelantan memenangi Piala FA tidak dapat digambarkan penyokong setia apabila sudah 22 tahun menunggu detik itu menjadi kenyataan.
Penyokong setia, Yaakob Kadir, 53, berkata, dia hilang suara akibat bersorak kegembiraan apabila The Red Warriors (TRW) menjuarai liga tersebut.
“Sudah lama saya menunggu saat-saat indah ini dan rasa terharu sangat apabila ia TRW dapat menjulang piala yang diidam-idamkan itu,” katanya yang turut sama memberikan sokongan walaupun tidak dapat bersama-sama dengan penyokong yang lain di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Menurutnya, walaupun hanya memenangi perlawanan tersebut melalui sepakan penalti tetapi ia sudah cukup menggembirakan rakyat Kelantan.
Sementara itu, Mohd Razali Mat Daud, 33, berkata, kemenangan tersebut adalah satu hadiah yang cukup bermakna buat dirinya sebagai penyokong setia TRW itu.
“Saya berharap selepas ini TRW akan dapat pergi lebih jauh dan setanding dengan pasukan bola sepak terkemuka negara lain.
“Kami sudah tidak sabar menunggu Piala FA dibawa ke Pasir Puteh kerana kami sudah lama mengimpikannya,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan