29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Lebih 2,000 penyokong sanggup berasak-asak menyambut kepulangan wira The Red Warriors (TRW) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam selepas berjaya menewaskan Sime Darby 1-0 malam kelmarin.
Pengerusi sambutan, Ibrahim Mat berkata, pemain- pemain diarak kira-kira 20 kilometer dengan menaiki jentera bermula dari lapangan terbang dan berakhir di rumah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Bukit Marak.
Katanya, ia adalah sebagai memberi peluang kepada peminat pasukan bola sepak Kelantan untuk melihat Piala FA yang diidam-idamkan sejak 22 tahun lalu diarak bersama wira mereka setelah menang pada aksi akhir tersebut.
“Ini adalah untuk menghargai penyokong-penyokong yang tidak dapat bersama-sama merasai kegembiraan kemenangan ketika pemain beraksi di Stadium Bukit Jalil malam kelmarin.
“Hari ini (semalam) ramai yang datang ke sini dan ada yang sanggup beratur di sekitar jalan raya memberi sokongan kepada wira kita,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati penyokong setia TRW memenuhi kawasan lapangan terbang seawal jam 2.20 petang lagi dengan pelbagai aksi menarik termasuk menyiarkan Dikir Warriors sebagai menghangatkan lagi sambutan.
Sebagai tanda sokongan ada yang datang dengan ahli keluarga masing-masing termasuk kanak-kanak dan sanggup mendukung si kecil berada di sekitar lapangan terbang dengan memakai jersi pasukan kebanggaan mereka dan mengibarkan bendera.
Semalam, lebih 100 peminat-peminat yang bermotosikal juga tidak melepaskan peluang menyertai perarakan tersebut yang dibantu oleh pasukan keselamatan untuk memastikan kelancarannya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan