29 Rejab 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Seorang remaja maut dan tangan kanannya putus selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ampang-Kuala Lumpur, lewat petang, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Mohd Khairul Adli Zaimi, 23, yang menaiki motosikal dipercayai memotong kenderaan lain dan memasuki laluan bertentangan.
Ketua Polis Trafik Ampang Jaya, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rajab berkata, mangsa yang berasal dari Kuala Terengganu ini dipercayai bertembung dengan kereta jenis Wira dari arah bertentangan menyebabkan mangsa
tercampak ke tengah jalan.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan