29 Rejab 1433H. [MOD] -
BERBAKI 38 hari menjelang Olimpik London, skuad badminton negara yang menggalas cabaran negara pada temasya berprestij dunia itu perlu diberi tekanan bagi memantapkan persediaan mental dan emosi.
Menyifatkan masa kini semakin kritikal, Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh berkata, persiapan yang lengkap setiap pemain penting bagi menghadapi temasya sukan dunia itu.
"Kami perlu bagi tekanan yang mencukupi kepada pemain tetapi tidak terlalu sehingga sukar mengawal emosi," katanya yang turut mengumumkan pemain yang bakal menjalani latihan fasa terakhir di Bath University, United Kingdom mulai 12 Julai depan.
Sementara senarai pemain ke London hanya akan dikeluarkan, hujung bulan ini.
"Kami kena pastikan mereka ikut program yang dirancang," katanya yang tidak mengubah sasaran pingat emas yang disandarkan kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Mengulas mengenai perkembangan jaguh Malaysia itu, , Kenny mahu semua pihak terus memberi sokongan terutama daripada aspek moral dan emosi.
“Buat masa ini, Chong Wei masih menjalani latihan fisioterapi dan saya difahamkan oleh jurulatihnya (Tey Seu Bock), Chong Wei sudah mula berlatih di gelanggang. Saya rasa keadaannya semakin pulih,” katanya.
Selain Chong Wei, pemain yang dijangka menyertai temasya Olimpik ialah pasangan beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan