KABUL - Afghanistan menyelar kenyataan Pertubuhan Perjanjian Atlantik
Utara (Nato) yang meminta negara itu supaya mengiktiraf usaha Amerika
Syarikat (AS) dalam memerangi keganasan di Afghanistan.
Menurut Reuters, jurucakap Presiden Afghanistan Hamid Karzai, Aimal Faizi berkata, rakyat Afghanistan meminta Nato lebih telus dalam hala tuju dan matlamat kehadiran tenteranya di negara tersebut.
“Afghanistan berpendapat, kehadiran tentera Nato yang kononnya untuk memerangi keganasan sejak sedekad lalu, tidak memberi makna kerana beribu rakyat tidak bersalah dibunuh dan banyak kediaman musnah,” katanya.
Menurutnya, Afghanistan juga mahu Setiausaha Agung Nato, Anders Fogh Rasmussen menjelaskan, tindakan Nato yang sering memulakan keganasan terhadap penduduk negara itu.
Sementara itu, Rasmussen berkata, Karzai semakin galak mengeluarkan kenyataan berunsur retorik terhadap AS yang banyak menyumbang kepada Bantuan Keselamatan Antarabangsa Nato (ISAF) di Afghanistan.
“Kami mengharapkan Karzai sedar bahawa AS banyak melakukan pelaburan dan membiayai berjuta kos perang untuk melihat Afghanistan menjadi negara maju, tetapi usaha itu tidak dihargai malah menjadi cemuhan,” katanya.

metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan