Merujuk kepada
kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Datu Takun Sunggah
dalam Utusan Borneo yang pengundian akan dibuat tiga hari lebih awal bagi
pasukan beruniform serta isteri dan kotak
undi akan ditutup dan disimpan di lokap polis bagi mengelakkan penyalahgunaan
dan hanya dibuka pada waktu pengiraan undi.
Dalam kenyataan
tersebut, Takun turut memberitahu memandangkan akan ada risiko atau perbuatan
khianat, akan ada permintaan daripada ejen parti untuk bermalam di lokap selama
tiga hari. “Polis akan memutuskan sama ada ejen parti dapat tidur di lokap,”
katanya.
Kita ingin bertanya
kepada mereka yang bercadang untuk agen parti tidur di lokap. Mengapa perlu
tidur di lokap, adalah lebih baik pasang CCTV untuk mengawasi peti undi
tersebut daripada menyuruh agen parti tidur di lokap. Dengan menggunakan CCTV
semua pihak boleh mengawasi terus serta dapat mengesan dengan mudah sebarang
penyelewengan berlaku.
Pastikan CCTV itu
ada “backup system” atau sistem sokongan
yang boleh menyimpan segala data-data yang dirakam agar tidak hilang sekiranya
berlaku bekalan elektrik terputus.
Sekali lagi kita
mengesa kepada pihak SPR agar menggunakan CCTV untuk mengawasi segala
pergerakan dan proses pemilihan agar ianya berjalan dengan baik dari awal
sehingga akhir proses pengiraan undi.
Sepatutnya kita
sudah lama menggunakan keadah yang lebih canggih dan moden dalam proses
pengundian bukannya dengan cara lama yang tidak cekap dan mundur.
Semoga perkara ini
mendapat perhatian yang sewajar dari pihak SPR agar semua pihak berpuas hati
dengan sistem dan proses pengundian yang dijalankan dalam negara ini.
Sekurang-sekurangnya masalah penyelewengan dan penipuan semasa proses
pengundian dapat dielakkan atau pun dapat dikawal semaksima mungkin.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan