21 Mac 2013

Peguam Negara ketuai pendakwaan lapan warga Filipina di Mahkamah Tinggi Tawau

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


TAWAU:Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tiba di Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi menggendalikan kes membabitkan lapan warga Filipina yang didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas di Lahad Datu, bulan lalu.

Tertuduh terbabit dengan kumpulan pengganas dengan melakukan keganasan dan melancar perang ke atas Yang di-Pertuan Agong yang didakwa di Mahkamah Majistret Lahad Datu semalam dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau pagi ini. 



Sementara itu, pemberita dan jurukamera juga dibawa masuk ke dalam mahkamah tepat jam 9 pagi di bawah kawalan ketat pihak polis. 


Semalam, di Mahkamah Majistret Lahad Datu, lapan lelaki warga Filipina terbabit dituduh kerana melakukan keganasan, mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan iaitu barang siapa yang menjadi ahli kumpulan pengganas hendaklah dihukum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda.

Mereka turut didakwa di bawah Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.


Berita harian/-

Tiada ulasan: