SEREMBAN: Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di
Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia
18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan
sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini,
malam tadi.
Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan
meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar
Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala
dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, bayi terbabit
dikatakan sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh
dari pentas utama ketika majlis perasmian padang rumput tiruan jenis
‘field turf’ bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan
Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar
Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.
Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.
SERPIHAN
kipas helikopter kawalan jauh yang terkena penonton mengakibatkan
seorang bayi 18 bulan maut dan bapanya cedera pada majlis pelancaran
padang bola sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, malam
tadi.
Difahamkan, selain bayi dan bapanya, tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.
Saksi kejadian Abdul Latif Salim, 58, berkata bayi itu sedang nyenyak tidur di bahu bapanya sebelum helikopter itu menjunam dan bilah kipasnya membelah kepala bayi berkenaan selain turut mencederakan kepala bapanya.
“Saya amat terkejut kerana darah terpercik ke bahu saya sejurus sebelum bapa bayi itu rebah ke padang bersama anaknya.
“Keadaan anaknya begitu parah dengan kulit kepala tercabut hingga nampak tengkorak," katanya.
Menurutnya, bapa bayi berkenaan berlari sambil memangku anaknya menuju van Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mereka dihantar ke hospital.
Berikutan kejadian, Mohamad turut berkunjung ke Hospital Tuanku Jaafar kira-kira 11 malam tadi, bagi menemui bapa mangsa yang bekerja di bahagian akaun di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kini sedang dirawat dan menerima jahitan di kepala akibat kecederaan dialaminya.
Padang bola sepak menggunakan rumput tiruan yang akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) itu mula dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mac lalu.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan