9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
HAWTHORNE - Tujuh askar dan beberapa yang lain cedera selepas terkena letupan mortar ketika menjalani latihan perang di kawasan pergunungan di padang pasir Nevada, menurut laporan AP.
Pegawai Kor Marin, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Kapten Binford Strickland berkata, berikutan insiden itu, Jabatan Pertahanan bertindak menghentikan penggunaan semua senjata di seluruh dunia sehingga siasatan menentukan aspek keselamatannya.
“Mortar 60 milimeter digunakan sepanjang latihan itu dan siasatan kemalangan sedang dilakukan,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Menurutnya, mortar itu meletup ketika latihan menembak sedang dilakukan.
Letupan itu berlaku di Depoh Tentera Hawthorne, iaitu pangkalan yang digunakan oleh tentera yang akan ditugaskan ke luar negara.
Sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan