9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Thailand berusia 25 tahun mampu
meraih pendapatan lumayan melebihi RM1,000 selepas berjaya meraih
simpati rakyat tempatan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.
Dia antara pengemis dan kutu rayau yang ditahan dalam Ops Pengemis dan Kutu Rayau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Ahad lalu.
Berdasarkan pemeriksaan terhadap lelaki itu, pihak JKM berjaya menemui sebanyak RM1,104 dipercayai wang daripada aktiviti mengemis.
Pegawai JKM, Manayi Ibrahim berkata, pengemis dan kutu rayau wanita dan lelaki berumur antara 25 hingga 76 tahun berjaya diselamatkan dalam operasi bermula jam enam petang itu membabitkan kawasan sekitar pasar malam Larkin, Stulang Laut, Jalan wong Ah Fook dan lokasi berhampiran
Stesen Keretapi Johor Bahru.
“Seorang wanita warga Indonesia berumur 56 tahun turut diselamatkan dalam Ops berkenaan. Hasil pemeriksaan dalam dompet dan beg plastik milik wanita itu terdapat wang kira-kira RM700,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata, berdasarkan rekod pada pasport wanita itu, dia baru pulang ke Indonesia pada 12 Mac lalu, bagaimanapun kembali semula ke negara ini pada 16 Mac.
Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU), warga tempatan, seorang wanita berstatus
Pemastautin Tetap (PR) manakala selebihnya adalah warga asing, masing-masing, dua dari Thailand dan seorang rakyat Indonesia.
“Kesemua yang diselamatkan telah di tempatkan untuk sementara waktu di Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru manakala kes disiasat di bawah Seksyen 3 (2) Akta Orang Orang Papa 1977,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan