30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
TEHERAN - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda
bandar pelabuhan Bushehr yang menempatkan satu-satunya loji nuklear Iran
menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan lebih 800 cedera,
semalam.
Menurut pegawai, gempa pada pukul 4.22 petang waktu tempatan dan berlaku pada 12 kilometer di bawah bumi itu turut memusnahkan hampir keseluruhan perkampungan terdekat namun tidak menjejaskan loji nuklear tersebut.

"Kebanyakan kediaman yang diperbuat dari bahan binaan lumpur retak teruk," katanya yang dipetik daripada laporan Al-Jazeera
Sementara itu, Ahli Parlimen Bushehr, Abdulkarin Jomeiri berkata, jarak antara pusat gempa dan loji jana kuasa nuklear Bushehr kira-kira 80km dan tidak berlaku kerosakan teruk.
"Gempa bumi itu tidak menyebabkan kerosakan pada loji nuklear ataupun reaktornya. Semua petugas loji berkenaan dibenarkan bekerja seperti biasa dan jumlah sebaran radiasi amat kecil," katanya.
Sebelum ini, Iran pernah dikejutkan dengan gempa bumi terburuk berukuran 6.2 pada skala Richter di Tabriz menyebabkan lebih 300 orang terbunuh dan mencederakan 3,000 yang lain pada Ogos tahun lalu.
Pada Disember 2003, satu lagi gempa kuasa berlaku di barat bandar Bam dan mengorbankan 31,000 penduduk selain memusnahkan beberapa kota purba yang diperbuat daripada lumpur.

metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan