Seberang Jaya: Kejadian tiga pelajar membelasah rakannya dipercayai
ketua tingkatan yang ‘hangat’ di laman video sosial, YouTube, sejak
beberapa hari lalu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa mahu
melaporkan tindakan kumpulan terbabit membawa telefon bimbit ke sekolah.
Kumpulan itu dikatakan berang dengan tindakan yang mahu dibuat
mangsa sebelum mereka merancang dan membelasah rakan sekelas itu.
Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar yang semuanya tingkatan tiga itu menerima padah apabila dibuang sekolah sejak 8 Mac lalu.
Tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu sebelum membuat keputusan itu.

RAKAMAN satu minit 31 saat yang dapat ditonton dalam YouTube.
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu sudah dibuang sekolah selepas didapati melanggar peraturan sekolah.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan