Melaka: Seorang pekerja kilang maut dilanggar sebuah kereta ketika
menunggu di tepi Jalan Duyong-Bukit Katil di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, Zainah Adam, 53, menjalani
rutin harian menuju ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Bachang,
namun tertinggal bas dan meminta bantuan rakan, Norhafiza Omar, 27,
menjemputnya.
Sejurus membeli kuih jala untuk bekalan, ibu beranak tiga yang
menunggu di tepi jalan berdekatan sebuah restoran itu bagaimanapun
dilanggar kereta dipandu lelaki berusia 30-an.
Difahamkan, kereta menghala ke Bukit Katil itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah van dipandu lelaki berusia 50-an yang turut berada di jalan berkenaan.
Difahamkan, kereta menghala ke Bukit Katil itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah van dipandu lelaki berusia 50-an yang turut berada di jalan berkenaan.
KEADAAN van yang dilanggar pemandu kereta sebelum merempuh mangsa.
Keadaan itu menyebabkan mangsa yang menetap kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
metro/-
1 ulasan:
kesiannya..
Catat Ulasan