30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
SUNGAI SIPUT - Penduduk Kampung Perlop, Sungai Siput masih lagi
ketinggalan dari segi liputan telefon bimbit walaupun pelbagai kemudahan
lain sudah disediakan.
Seorang penduduk, Azrai Abdul Samat, 65, berkata, kedudukan kampung berkenaan sejauh 24 kilometer dari pekan Sungai Siput namun tidak mempunyai liputan bagi talian telefon bimbit.
Menurutnya, penduduk amat berharap kampung berkenaan juga mempunyai liputan talian telefon bimbit kerana kemudahan berkenaan sudah menjadi satu keperluan.
“Kampung kami masih lagi tidak mempunyai liputan untuk talian telefon bimbit walaupun tempat lain sudah mendapatkannya.
“Memang ada rumah yang menggunakan telefon rumah namun kadang-kala berlaku masalah menyebabkan kami terpaksa keluar sejauh tujuh kilometer untuk menggunakan telefon bimbit jika ada kecemasan,” katanya.
Kata Azrai, usaha untuk mendapatkan liputan talian itu telah dibuat dan pihak berkaitan sudah memasang pencawang di kampung berkenaan sejak sembilan bulan lalu namun kawasan liputannya agak terhad.
Jelasnya, kawasan liputannya hanya meliputi 300 meter sahaja dan setelah membuat aduan, satu lagi pencawang baru dibuat sejak empat bulan lalu namun sehingga kini masih tidak berfungsi.
“Kami tidak kisah syarikat mana yang boleh menyediakan kawasan liputan itu asalkan penduduk kampung lebih kurang 2,000 orang dapat menggunakan perkhidmatan ini,” katanya.
Azrai berkata, perkara itu harus diselesaikan segera kerana penduduk sudah lama menunggu kemudahan berkenaan.
“Kami seolah-olah ketinggalan dari tempat lain kerana tidak mempunyai talian telefon bimbit dan berharap dapat disediakan secepat mungkin sebelum pilihan raya umum nanti,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan