11 April 2013

TG Nik Aziz ziarah Wan Seman koma di hospital

30  Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Besut, Wan Seman Wan Hassan, 54, koma setelah terjatuh dan dihempap tangga sewaktu menyiapkan ‘pos’ di hadapan rumahnya pagi semalam.

Selepas kejadian jam 10.45 pagi, beliau dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih, bagaimanapun dihantar ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian dekat sini.

Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkesempatan menziarahinya petang tadi sebaik sahaja dimaklumkan perkara itu.

Turut berada di sisi Wan Seman, isterinya Dzulkaedah Ali Mohammad, 50, yang juga Penghulu Wanita Parlimen Pasir Putih.

Tuan Guru yang begitu terkejut bila dikhabarkan berhubung perkara itu, terus mendoakan kesembuhan Wan Seman.

Beliau bagaimanapun berharap anggota keluarga bersabar menerima ketentuan Allah itu.

Dzulkaedah ketika ditemui berkata, doktor memberitahu terdapat darah beku di bahagian kepala suaminya sebesar 2.7cm akibat terjatuh dan terhentak.

“Kehadiran Tuan Guru hari ini benar-benar memberikan semangat pada saya, juga pada pimpinan yang lain, ramai yang telah datang menziarahinya.

“Saya ucapkan terima kasih pada semua. Saya juga memohon supaya rakan seperjuangan di luar sana juga mendoakan kesembuhan suami saya,” ujarnya.

Wan Seman juga dilantik sebagai guru pondok di Dun Gaal, Setiausaha UPU Gong Nangka.

Semalam, Tuan Guru berkesempatan menziarahi bonda anggota exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Hajjah Salma Idris, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll sejak dua minggu lalu termasuk seminggu di ICU.

Tuan Guru ditemani adik Husam, Hafiz Musa.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: