11 April 2013

Israel tingkat sekatan ke atas Gaza, bekalan makanan semakin berkurang

30  Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


BAITULMAQDIS: Pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza menyebabkan gangguan bekalan makanan dan jika diteruskan ia akan memberi kesan yang serius. 

"Sebagai tindak balas kepada keadaan keselamatan yang semakin merosot di dalam dan sekitar Gaza... Israel meingkatkan satu siri sekatan kepada pergerakan keluar masuk penduduk dan barang-barang ke dan dari Semenanjung Gaza, termasuk penutupan laluan masuk di Kerem Shalom, " kata Penyelaras Kemanusiaan PBB, James W Rawley. 


"Langkah-langkah ini menyebabkan kekurangan stok bekalan penting, termasuk bahan makanan asas dan gas memasak, dan ia menjejaskan kehidupan dan hak ramai keluarga di Gaza," katanya dalam satu kenyataan. - AFP 

Tiada ulasan: