Kuala Berang: “Setiap malam lilin menjadi teman bagi kami sekeluarga
kerana rumah bagaikan pondok usang ini tiada bekalan elektrik,” kata
Nurul Shuhada Mohd, 27, yang tinggal bersama keluarganya di rumah usang
itu di Kampung Payang Kayu di sini, sejak enam bulan lalu.
Sebelum ini dia sekeluarga tinggal bersama ibu bapanya di Kampung
Kuala Ping, namun terpaksa berpindah ke rumah usang berkenaan berikutan
rumah keluarganya terlalu sesak dengan ahli keluarga lain.
“Sejak berpindah ke rumah usang ini sejak enam bulan lalu dan
suami mencari papan sedikit demi sedikit untuk menutup sebahagian rumah
yang tidak berdinding.
“Pendapatan suami hanya RM500 sebulan dengan melakukan kerja kampung yang tidak mencukupi untuk perbelanjaan keluarga.
“Pendapatan suami hanya RM500 sebulan dengan melakukan kerja kampung yang tidak mencukupi untuk perbelanjaan keluarga.
NURUL Shuhada bersama suami dan anak di rumah mereka di Kampung Payang Kayu.
“Keadaan lantai rumah yang reput menyebabkan beberapa kali kaki anak terperosok,” katanya semalam.
metro/-
1 ulasan:
Terimakasih atas post yg menyedihkan ini mudah mudahan ada yg membantu mereka yg miskin ini. kasihan lihat keadaan mereka. tq admin
Catat Ulasan