Ramai askar rejim dilaporkan mengalami simptom keracunan gas dalam pertempuran di Brzeh.

Ramai askar rejim dilaporkan mengalami simptom keracunan gas dalam pertempuran di Brzeh.
Wael al-Halqi

Wael al-Halqi
BEIRUT - Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi terselamat dari satu cubaan untuk membunuhnya apabila konvoinya diserang di Damsyik.

Stesen televisyen Al-Manar Hizbullah melaporkan, pengganas menyasarkan letupan di Al-Mezze ketika konvoi beliau melalui kawasan itu.

“Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dan Perdana Menteri berada dalam keadaan selamat,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, daerah Al-Mezze menjadi sasaran utama kumpulan penyerang memandangkan lokasi itu merupakan pusat pentadbiran Syria.

Dalam perkembangan lain, media pro-kerajaan melaporkan, ramai askar rejim Bashar Al-Assad menunjukkan simptom keracunan gas selepas mendakwa Tentera Pembebasan Syria (FSA) menggunakan senjata kimia.

Pakar perubatan Al-Watan berkata, ramai askar telah dihantar ke hospital tentera Hamish di Damsyik, selepas menunjukkan tanda-tanda terhidu gas kimia selepas pertempuran di Brzeh kelmarin.

“Mereka mengalami sesak nafas, mual dan mengalir sejenis cecair putih dari hidung dan mulut,” katanya dalam laporan Reuters

Sementara itu, Jurucakap Kumpulan Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (PBB) melaporkan, jumlah pelarian Syria ke Lubnan meningkat kepada lebih 444,000 orang.

Menurutnya, bilangan pelarian berdaftar mencecah 330,000, manakala lebih 113,000 masih menunggu untuk memuktamadkan proses pendaftaran.

“Pada masa ini terdapat 137,000 pelarian Syria di utara Lebanon, 119,000 di rantau Bekaa, 45,000 di pinggir Lebanon dan Beirut serta 28,000 di selatan Lubnan,” katanya.


sinar/-