19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
GELUGOR - Seorang pemuda terkejut apabila menjumpai kad pengenalan (IC) misteri tanpa nama dan gambar di sebuah taman rekreasi di sini.
Dia yang tidak ingin namanya didedahkan memberitahu Sinar Harian bahawa kad pengenalan berkenaan dijumpainya di dalam dompet.
Menurutnya, keadaannya sama seperti kad pengenalan yang digunakan warganegara Malaysia namun bezanya tidak bernama.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa, namun terkejut kerana keadaan kad sebegini rupa pun ada.
“Dalam dompet berkenaan tidak ada duit dan sebagainya, namun hanya kad pengenalan tersebut sahaja yang ditemui,” katanya.
Dia yang pada mulanya memuatnaik gambar kad pengenalan itu di laman facebook kemudiannya memadamkannya kembali gara-gara bimbang disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Kali pertama terjumpa perkara sedemikian membuatkan pemuda berusia 27 tahun itu sedikit bimbang.
Menurutnya, dia bertegas mahu menyimpan kad pengenalan berkenaan sekiranya diperlukan Jabatan Pendaftaran untuk membuat siasatan.
“Pada mulanya saya buang kad tersebut, tetapi selepas tidak lama kemudian mengambilnya semula kerana bimbang dijumpai orang lain,” katanya.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan