19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUANTAN – Seorang wanita patah tangan gara-gara cuba melarikan diri daripada dikejar sekumpulan kera yang menyerangnya secara tiba-tiba di rumahnya dekat Kampung Bukit Sekilau di sini.
Muhammed Sabri Mat Hassan, 40 berkata, dalam kejadian pagi kelmarin isterinya, Kharul Zakiah Ishak, 40 berada di luar rumah bersama anak jagaannya terkejut apabila melihat sekumpulan kera datang ke arah mereka.
"Isteri saya panik tetapi masih mendukung anak jagaannya itu agar tidak dicederakan sekumpulan kera yang sedang mengganas tersebut.
“Ketika Sedang berlari menyelamatkan diri, dia tersembam dan mengalami patah tangan kanan, mujur anak jagaannya itu selamat tetapi isteri saya kini masih ditahan di wad,” katanya.
Muhammed Sabri berkata, kini isterinya terpaksa dibedah untuk memasukkan besi di lengan tangan kanannya akibat kecederaan yang dialami serius.
Menurutnya, kedudukan rumah mereka yang berdekatan dengan kawasan hutan sememangnya menjadi habitat haiwan berkenaan, namun tidak menyangka ia akan bertindak ganas seperti ini.
“Sebelum ini, sudah beberapa kali kami penduduk kampung membuat aduan kepada Jabatan Perhilitan kerana kehadiran sekumpulan kera ini sememangnya mengganggu kehidupan kami.
“Pernah cermin kereta penduduk dipecahkan dan wayar televisyen y di bumbung juga dirosakkan” katanya.
Muhammed Sabri berharap agar pihak Jabatan Perhilitan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penduduk terus berdepan dengan pelbagai masalah gara-gara haiwan yang bertindak agresif ini.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan