30 April 2013

Sokongan kepada BN Perlis seperti saham

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

BN negeri menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding pilihan raya umum tahun 2008.
PETALING JAYA: Tiada jaminan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa di negeri Perlis selepas pilihan raya umum Ahad ini, kata sumber Umno negeri itu.

Mereka mendakwa, BN negeri menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding semasa pilihan raya umum tahun 2008.
Katanya, perkara ini berlaku kerana calon yang tidak sesuai dicalonkan termasuk calon bidang terjun sekaligus menyebabkan berlaku sabotaj sesama sendiri.
Menurutnya, hampir tiap-tiap tiga kerusi parlimen, BN meletakkan calon payung terjun menyebabkan mereka yang sepatutnya menjadi calon merasa tidak puas hati.
“Apabila tidak puas hati, mereka boleh pengaruhi pengundi lain. Mereka akan buat Umno kucar kacir.
“Jika ini yang berlaku, Umno bunuh Umno,” katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.
Hanya satu kerusi selamat
Menurut beliau lagi, dalam perkembangan semasa, BN boleh memenangi tiga kerusi parlimen  iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.
Bagaimanapun, BN berdepan masalah untuk menang hampir semua 15 kerusi negeri.
“Sokongan pengundi terhadap BN seperti saham, turun naik, sukar dibaca, sukar diramal. Hari ini naik, esok turun, lusa naik.
“Setakat ini hanya kerusi Tulang Tambun yang selamat bagi BN, tempat lain kelam kabut,” katanya.
Kerusi Tulang Tambun ditandingi Datuk Ismail Kassim dari BN, beliau ditentang oleh Azhar Ameir dari PKR.
Beliau berkata,  ceramah Umno kurang kali ini berbanding tahun 2008 kerana sebahagian mereka telah dipilih menjadi calon.
FMT/-

Tiada ulasan: