19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa aduan yang diterima mengenai penyebaran SMS palsu.
SKMM ingin mengingatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan yang menaja aktiviti sedemikian untuk menghentikan aktiviti tersebut dengan segera atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang.
Hasil daripada pemantauan terhadap aduan yang diterima serta kes-kes yang dirujuk oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada SKMM sejak kebelakangan ini, SKMM mendapati jumlah kenyataan yang berniat jahat dan palsu yang tersebar melalui SMS dan media sosial telah meningkat sejak kebelakangan ini.
SKMM ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan mengenai isu berkenaan atau memanjangkan mesej berkenaan.
SKMM juga ingin memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial kerana ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan