30 April 2013

Cermin kereta dipecah berebut letak bendera

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Fazlie


Fazlie menunjukkan cermin keretanya yang dipecahkan awal pagi, kelmarin.
WANGSA MAJU - Cermin depan sebuah kereta milik Ketua Poster Pusat Dewan Mengundi (PDM) Setapak Utara pecah dipercayai selepas berlaku pertengkaran berhubung peletakan bendera parti.


Mangsa, Mohd Fazlie Abdul Kahar, 27, berkata, cermin keretanya itu disedari pecah awal pagi kelmarin sekitar jam 7 pagi di tempat letak kereta Flat Danau Kota.



Menurutnya, kejadian berpunca daripada insiden pertengkarannya  dengan dua individu yang tidak berpuas hati  tindakannya meletakkan bendera parti dan menyuruhnya mencabut bendera tersebut.



“Pertengkaran berlaku semasa kumpulan saya meletakkan bendera di Kondominium Platinium Victory dan pihak terbabit mengugut supaya mencabut bendera tetapi saya enggan.



“Saya mengenali dua individu  berkenaan yang memakai  baju  dengan lambang parti dan buat laporan polis berhubung insiden ini,” katanya yang  aktif membantu  kempen BN Parlimen Wangsa Maju.



Selain cermin depan kereta retak, cermin sisi dan bahagian depan kenderaan itu turut dirosakkan dan dicalarkan.



Mohd Fazlie berkata, kejadian itu adalah insiden kali yang kedua menimpanya setelah keretanya dicalarkan baru-baru ini.



Katanya, pada tahun 2008, perkara ganas turut berlaku semasa kempen pilihan raya apabila bilik gerakan Kampung Pasir diserang sekumpulan individu dengan parang dan kayu.

Sinar/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah 2 kali keretanya dirosakkan tentu ada sebabnya