30 April 2013

Pegawai polis parah, isteri dan 2 anak maut kemalangan

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai polis cedera parah manakala isteri dan dua anaknya maut dalam kemalangan di Km 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Wakaf Tapai awal pagi ini.
   
Superintendan Ghazali Daud, 49, yang bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman memandu bersama keluarga apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki, hilang kawalan dan terbabas ke sisi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi.
    
Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa ketika mengesahkan kejadian itu berkata akibat kemalangan itu isteri Ghazali, Haniza Abdul Rahman, 40, serta dua anak mereka, Ahmad Firdaus Izzudin, 11, dan Nur Aliah Adibah, 10, maut.
    
Lima lagi anak mangsa Ahmad Fahmi Izzudin, 12, Nur Aliah Afifah, 7, Nur Aliah Atikah, 6, Aina Yusro, 3, dan Akilah Husna, tujuh bulan, dilaporkan turut cedera.
    
Jamshah berkata semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Berang, Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut. 

- Bernama

Tiada ulasan: