19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf
Kuala Lumpur: Seramai 11 lagi individu ditahan selepas disyaki melakukan jenayah dan perbuatan khianat di seluruh negara dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berbaki enam hari lagi, kelmarin.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam,) Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, berkata untuk tempoh kelmarin saja, pihak polis menerima 315 laporan membabitkan pelbagai kes berkaitan PRU-13 menjadikan jumlah keseluruhannya 2,035 laporan setakat ini.
“Daripada 11 individu terbabit, enam darinya ditahan di Batang Padang, Tapah, Perak kerana melakukan ugutan terhadap seorang penceramah sebuah parti manakala yang selebihnya ditahan di beberapa negeri lain atas kesalahan melakukan ugutan dan perbuatan khianat.
“Sehingga kini, masih lagi berlaku kes seperti pergaduhan, mencabut dan membakar bendera, membakar bilik gerakan parti, dengan kejadian terbaru di Kuantan. Keadaan ini agak menghairankan kerana mereka ini tiada kerja lain atau menganggap itu keseronokan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bagaimanapun, pihaknya tidak mahu ada mana-mana pihak termasuk media asing cuba melabelkan keadaan ini sebagai tidak terkawal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung gejala tidak diingini.
Berita Harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan