6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
London: Seorang ibu yang sarat mengandung dipercayai membunuh diri
bersama tiga anaknya selepas menulis dalam laman Facebooknya: “Kami tak
akan disakiti lagi.”
Fiona Anderson dikatakan terjun dari sebuah bangunan tempat letak kereta setinggi 15 meter.
Beberapa jam kemudian tiga anaknya, Levina, tiga, Addy, dua dan Kyeden yang berumur 11 bulan ditemui mati di rumah panagsanya, kira-kira suku kilometer dari bangunan berkenaan.
Rakannya mendedahkan, Fiona, ‘ibu pintar’ yang berusia 23 tahun
meninggalkan beberapa mesej meluahkan rasa kecewa selepas Craig
McLelland, bapa ketiga-tiga anaknya, meninggalkannya untuk bercinta
dengan wanita lain.
Dia sebelum ini menulis: “Tidak ada siapa inginkan kami. Tidak ada siapa yang membantu kami. “Orang sepatutnya membantu kami menipu dan cuba mengambil anak saya. Hanya Craig yang kami ada, tetapi dia juga sudah pergi.” Fiona dari Lowestoft, Suffolk, juga menulis: “Ibu amat sayangkan kamu dan saya akan sentiasa menjaga kamu. Saya memohon maaf kerana menyebabkan kamu kecewa. Kita tak akan disakiti lagi.” Pakar Patologi dari Pejabat Dalam Negeri semalam melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu untuk menentukan punca kematian mereka.
McLelland tiba di rumah pangsa Fiona selepas dimaklumkan ada orang membunuh diri. “Saya dapat merasakan siapa dia,” katanya.
Rakan Fiona Karleigh Burlingham, 20, berkata, Craig meninggalkan wanita itu kira-kira sebulan lalu.
“Ketiga-tiga anaknya sihat dan dibesarkan dengan baik. Dia melalui saat getir.” Seorang rakan lain berkata: “Kami diberitahu dia menulis dalam laman Facebooknya malam tadi: ‘Anak saya akan pergi bersama saya.’ Tidak sangka ada orang terfikir dia akan mencederakan dirinya, lebih-lebih lagi anaknya. - The Sun
Fiona Anderson dikatakan terjun dari sebuah bangunan tempat letak kereta setinggi 15 meter.
Beberapa jam kemudian tiga anaknya, Levina, tiga, Addy, dua dan Kyeden yang berumur 11 bulan ditemui mati di rumah panagsanya, kira-kira suku kilometer dari bangunan berkenaan.
Dia sebelum ini menulis: “Tidak ada siapa inginkan kami. Tidak ada siapa yang membantu kami. “Orang sepatutnya membantu kami menipu dan cuba mengambil anak saya. Hanya Craig yang kami ada, tetapi dia juga sudah pergi.” Fiona dari Lowestoft, Suffolk, juga menulis: “Ibu amat sayangkan kamu dan saya akan sentiasa menjaga kamu. Saya memohon maaf kerana menyebabkan kamu kecewa. Kita tak akan disakiti lagi.” Pakar Patologi dari Pejabat Dalam Negeri semalam melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu untuk menentukan punca kematian mereka.
McLelland tiba di rumah pangsa Fiona selepas dimaklumkan ada orang membunuh diri. “Saya dapat merasakan siapa dia,” katanya.
RUMAH pangsa tempat mayat kanak-kanak itu ditemui.
“Ketiga-tiga anaknya sihat dan dibesarkan dengan baik. Dia melalui saat getir.” Seorang rakan lain berkata: “Kami diberitahu dia menulis dalam laman Facebooknya malam tadi: ‘Anak saya akan pergi bersama saya.’ Tidak sangka ada orang terfikir dia akan mencederakan dirinya, lebih-lebih lagi anaknya. - The Sun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan