17 April 2013

Warga emas maut dirempuh kereta

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


LEDANG - Seorang warga emas terbunuh selepas terbabit dalam nahas yang melibatkan dua kenderaan di Kilometer 37 Jalan Muar-Segamat di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, Mohamed Jani, 78, meninggal dunia serta merta di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala dan anggota badan lain.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis skuter dikatakan dirempuh sebuah kereta jenis Nissan Almeera ketika keluar dari persimpangan ke laluan utama.

Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa hilang kawalan menyebabkannya tercampak ke atas jalan raya.

Pemandu kereta terbabit, seorang wanita berumur 25 tahun terselamat dan hanya cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris mengesahkan laporan kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Sinar Harian.

Sinar/-

Tiada ulasan: