PULAU PINANG 17 APRIL: Pengalaman Dr Mazlan Ismail sebagai bekas
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang bukan kelebihan kepada
calon BN itu apabila berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali,
berkata Mazlan mungkin mengetahui serba sedikit strategi PAS tetapi ia
tidak boleh digunakan apabila melawan Ketua Umum KEADILAN itu.
“Malah, sepanjang menyandang jawatan itu, Mazlan gagal membentuk kemenangan PAS di negeri itu.
“Jadi, jawatan itu bukan faktor yang boleh Umno gunakan sekalipun
kita yakin Umno akan tabur banyak wang untuk raih undi,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau
mengulas pencalonon bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan
Ismail sebagai calon Umno BN di Parlimen Permatang Pauh.
Amir berkata, Umno cuba menggunakan imej Mazlan selaku bekas pemimpin
PAS sebagai faktor tarikan seolah-oleh lupa kepada keputusan PRU 11.
“Ketika itu, Umno letak tokoh agama popular, Ustaz Pirdaus Ismail
sebagai calon tetapi KEADILAN tetap mengekalkan kerusi Permatang Pauh,”
katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, petugas KEADILAN Parlimen Permatang
Pauh tidak bekerja sambil lewa untuk memastikan kemenangan dengan
majoriti lebih besar.
Parlimen Permatang Pauh terbahagi kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.
Pada pilihan raya kecil 2008 yang dianggap sebagai ‘Mother of The By-Eceltions’, Anwar mudah menewaskan calon Umno BN, Arif Shah dengan majoriti 15,671 undi.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada PRU 12
mengalahkan Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388 undi sekaligus
mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU 11.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan