16 April 2013

PR Tawarkan 20 meter padu air percuma, gaji minima kepada rakyat Perak

5 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


manifesto pakatan rakyat 01
IPOH, 16 April : Pemberian 20 meter padu air percuma dan gaji minima RM 1,100 sebulan bagi kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan negeri adalah antara dasar yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat sekiranya diberi satu lagi mandat memerintah Perak.

Antara inisiatif lain yang ditawarkan adalah potongan premium tanah sehingga 50%, tiada kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan tarif air sehingga 2018.

Tawaran-tawaran tersebut dinyatakan di dalam manifesto PR Perak yang dilancarkan semalam oleh pengerusi PR Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin di sini.

Antara dasar lain yang ditawarkan adalah mengamalkan sistem tender terbuka dan penyediaan bantuan pengurusan jenazah RM 1,000.

PR Perak juga akan meneruskan pemilihan Ketua Kampung yang diperkenalkan ketika pemerintahannya selama 8 bulan antara 2008 hingga 2009.

PR juga komited dalam membasmi kemiskinan dengan memastikan setiap isi rumah memperoleh sekurang-kurangnya RM 760 sebulan.

Pengerusi PKR Negeri Perak, Dr Mohd Nur Manuty, berkata manifesto tersebut mengambil kira kepentingan semua kaum dan semua golongan rakyat.

“Manifesto ni kita nampak ada penekanan kepeda kelompok belia, kelompok kanak-kanak, oku, ibu tunggal,supaya negeri perak ini menjadi negeri yang welfare, negeri yang berkebajikan.”

Tambah beliau, adalah menjadi komitmen Pakatan dalam memastikan taraf dan kualiti hidup rakyat Perak meningkat sejajar dengan pengembangan dan kemajuan negeri lain.

“Kita tak mahu mereka hidup tak selesa sedangkan kita ada sumber-sumber yang boleh dilipat ganda. Kita nak kan supaya gross (kadar pembangunan) negeri perak berada pada sekitar 6% setahun.”

Sementera Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussin pula yakin PR mampu melaksanakan janji manifesto tersebut apabila memerintah negeri kelak.

“Bagi pas sendiri, bersama dengan rakan-rakan, kita berusaha untuk melaksanakan secara adil, secara telus, dan secara yang bertanggungjawab.

“Kita taknak macam Umno yang mereka membariskan menifesto tetapi dia akan menjadi masalah bila dekat perlaksanaan, timbul masalah rasuah dan masalah penyelewengan.”

Menurut beliau, manifesto itu hasil kerjasama Pas, PKR dan DAP negeri.

keadilandaily/-

Tiada ulasan: