5 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Kegembiraan lima sekawan beriadah di Bukit Batu Putih, Taman Wangsa Cheras dekat sini, semalam berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka meninggal dunia selepas terjatuh ketika mendaki.
Sumber Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memberitahu, mangsa Wong Tick Piu,40, gagal diselamatkan selepas pengsan dan mengalami sesak nafas.
Kata sumber itu, Unit Pertolongan Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada, namun tidak berjaya berikutan jantungnya gagal berfungsi.
“Mangsa dibawa turun oleh pihak bomba dan mengambil masa sejam berikutan keadaan bukit yang agak curam,” katanya.
Sementara itu, menurut rakan mangsa, sebelum itu Tick Piu berada dalam keadaan sihat sehinggalah dia tergelincir dan jatuh.
“Pada mulanya kami ingat dia hanya pengsan namun rupa-rupanya dia turut mengalami masalah jantung,” katanya.
Mayat mangsa berjaya dibawa turun kira-kira jam 6 petang dan dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan