5 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
BN
telah mengumumkan yang 49 peratus dari calon-calon Dewan Undangan
Negeri adalah muka baru dan 30 peratus dari calon Parlimen merupakan
calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi parti itu dalam PRU yang
akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, di
antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled
Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi akan bertanding di kawasan Dun di
Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya kali
ini.
Tidak payah kita sebut siapa yang digugurkan dan siapa yang beralih
kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang diumumkan oleh
Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen hari ini ialah tentang
kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang berkelayakan akademik yang
tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan calon-calon yang
berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke atas.
Pemilihan calon yang berpelajaran tinggi itu adalah wajar kerana
tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam mana rata-rata rakyat
telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini bukannya
masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu sememangnya
calon-calon dalam UMNO itu adalah dikalangan orang yang pandai-pandai
belaka. Ada yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang Doktor
perubatan, ada akauntan dan berbagai-bagai lagi dari bidang
professional dan separa professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai
calon.
Tetapi apabila mereka yang pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka
dipengaruhi oleh budaya yang songsang dan buruk seperti rasuah dan
berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan moral yang dilakukan
oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari masa ke semasa
dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi. Pendeknya
berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan mereka
setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran
mereka.
Mereka itu mungkin berpelajaran, tetapi kurang pendidikan. Seseorang
yang berpelajaran tidak semestinya seorang yang berpendidikan. Seseorang
yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai moral yang selari
dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata sebaik mana pun
seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan, mereka
akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap
mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan
yang betul.
Apabila menyertai UMNO mereka akan menganggap yang buruk itu sebagai
baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah mereka ini adalah pembawa
dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran tinggi
tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.
UMNO sentiasa gagal untuk mengenengahkan mereka yang terdidik sejak
tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada yang berkelulusan bidang
kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan jelas kelulusan
tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir.
Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu
hanyalah untuk mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan modul
yang mereka pilih di menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita
masuk universiti itu ialah untuk belajar dan mendidik kita untuk
berfikir dengan baik dan tahu membezakan yang mana satu yang bermoral
dan yang sebaliknya.
Tetapi apabila bergiat dalam UMNO kemampuan mereka untuk berfikir
semakin tumpul kerana budaya yang tidak membolehkan sesiapa bersuara dan
memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah mereka perasuah dan
penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat rakyat itu
untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan peribadi
dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk
berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja
hina yang lain itu.
Maksudnya jika kita berjaya untuk berfikir, maka gejala buruk akan
terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang benar-benar terdidik tidak
akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan merasakan malu yang
amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang yang
berpendidikan tinggi.
Saya ingin mengulangi yang berpelajaran itu tidak semestinya yang
terdidik. Jika kita hanya berpelajaran belum tentu kita akan melakukan
kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik sahaja yang boleh diberikan
keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran. Senarai calon-calon
yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak akan membawa
apa-apa perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan
peribadi itu tidak dihapuskan dalam UMNO. Keadaan dalam UMNO itu akan
tetap sama. Jika UMNO masih diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang
kita alami sekarang ini. Salah laku itu akan tetap berlaku, hanya yang
menjadi pelakunya itu orang yang berlainan sahaja.
Selalunya yang terdidik itu akan mempunyai nilai etika, bermoral
tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan meng’addin’kan agamanya dalam
pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu selalunya akan
melakukan segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan fardhu
kifayahnya sekali kerana dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka
jalan ke arah keredhaan Tuhan dalam semua tindak-tanduk kita.
Pemimpin yang terdidik dengan didikan yang benar, mereka akan ada
sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah dan sebagainya. Merasa malu
pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita dari melakukan kerja
terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang lain.
Walau apa pun, UMNO akan berpecah dan kita akan saksikan bersama-sama
semua yang akan berlaku dalam UMNO itu. Tamat sahaja pengumuman calon
nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku dengan cepat dan deras di
mana-mana.
Malahan ia telah pun berlaku di beberapa tempat di Selangor dan di
Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul dan berarak menentang calon
yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti.
Benar, bermula hari ini UMNO akan berpecah. Dr Mahathir bolehlah
saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpnan selepas
beliau. Segala-galanya bermula dari kerja beliau memecah dan memerintah
rakyat semasa mentadbir negara dahulu.
Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang. -
harakahdaily/-
1 ulasan:
hidup umno........
Catat Ulasan