16 April 2013

19 korban letupan bom Iraq

5 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


19 korban letupan bom Iraq
Puluhan premis perniagaan dan kediaman musnah seminggu sebelum pilihan raya umum berlangsung.
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lebih 100 penduduk awam cedera dalam siri letupan bom di seluruh Iraq. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku sejak beberapa pemimpin negara itu giat melakukan kempen pilihan raya umum.

"Majoriti serangan membabitkan letupan mortar di bandar Baghdad, barat Fallujah, utara Kirkuk dan beberapa kawasan bandar di selatan ibu negara," kata pegawai yang dipetik daripada laporan AL-Jazeera

Setakat ini, sebanyak 14 kes letupan bom kereta dan tiga serangan bom tepi jalan berlaku di tujuh bandar termasuk Baghdad sekali gus meningkatkan jumlah angka korban.

Sementara itu, satu lagi serangan bom berlaku melibatkan sebuah kenderaan yang diisi bom di utara Kirkuk dan Tuz Khurmatu.

Serangan bersiri di seluruh Iraq dilaporkan berlaku seminggu sebelum rakyat negara itu membuat pilihan menggunakan sistem pilihan raya sejak tentera Amerika Syarikat meninggalkan Iraq pada 2011.

sinar/-

Tiada ulasan: