Seremban: Keseronokan seorang ahli perniagaan menikmati makan malam
bersama isteri dan dua anak lelakinya berakhir dengan tragedi memilukan
apabila dia maut ditembak dari jarak dekat di restoran di Pusat
Komersial Oakland, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa, Tan Kok Soon, 56, dari Seremban 2 bersama
isteri dan dua anak berusia lima dan 11 tahun menjamu selera sebelum
didatangi seorang lelaki bersenjatakan pistol jenis semi-auto melepaskan
tembakan ke arahnya, jam 6.55 petang.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Superintendan Zazali
Hashim berkata, mangsa mati selepas terkena tembakan belakang badan.
“Hasil soal siasat beberapa pelanggan di restoran itu, suspek memakai topi keledar berpenutup penuh menghampiri mangsa dari belakang sebelum melepaskan tiga das tembakan di belakang badannya.
ANGGOTA forensik memeriksa mayat mangsa di lokasi kejadian.
“Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum suspek melarikan diri menggunakan motosikal diparkir di kawasan berhampiran,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini, kelmarin.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan