Baling: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh selepas
tubuhnya melecur teruk akibat terkena letupan sewaktu melihat
keluarganya membakar longgokan sampah di kuarters Klinik Kesihatan Kuala
Ketil, dekat sini.
Kejadian berlaku jam 6 petang kelmarin dan mangsa, Amar Farhan
Saiful Azhar yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai
Petani, disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama kembarnya dan kakak
mereka berumur enam tahun dikatakan melihat seorang daripada anggota
keluarga membakar sampah.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, tiba-tiba berlaku letupan dan Amar Farhan yang duduk paling dekat dengan longgokan sampah yang dibakar terus disambar api menyebabkan hampir seluruh tubuhnya melecur.

“Saya tidak pasti apa punca letupan itu berlaku, mungkin dalam longgokan sampah itu ada tin mengandungi aerosol yang digunakan untuk menghalau nyamuk atau mungkin juga ada bahan gas lain yang boleh meletup,” katanya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan