Menteri Besar Khalid Ibrahim mahu semua pengundi di negeri itu melaksanakan tanggungjawab mengundi secara bijak.
KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap rakyat Selangor masih memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah petadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
“Kepada semua pengundi di Selangor saya berharap agar mereka melaksanakan tanggungjawab mengundi secara bijak dengan memilih kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, amanah, telus dan bertanggungjawab demi menjamin masa depan generasi akan datang.
“Saya juga mengharapkan rakyat di Selangor ini terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat demi kelangsungan kecemerlangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas selesai upacara rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Istana Alam Shah di sini kira-kira pukul 2 petang tadi hari ini.
Upacara Warkah Pembubaran itu ditandatangani Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dihadapan Abdul Khalid serta Ahli-Ahli Dewan Di Raja yang lain.
Abdul Khalid berkata, beliau yakin Pakatan masih mampu memerintah berdasarkan respon positif yang diterima daripada rakyat terutamanya kakitangan kerajaan Selangor yang merasai perubahan cara kerja yang lebih efisyen.
Katanya, perubahan besar berlaku apabila kemakmuran dapat disalurkan terus kepada rakyat, berbeza dengan budaya kronisme yang diamalkan semasa pentadbiran negeri di bawah Umno.
“Di awal tahun 2008 kita masih belum bersedia mengatasi masalah birokrasi dalam pentadbiran negeri dan kami mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk menyelesaikannya.
“Selepas itu baru kami sedar kami perlu bekerja lebih proaktif untuk melaksanakan reformasi sistem kerja sehingga berjaya sampai ke tahap ini,” katanya.
FMT/-
1 ulasan:
SEMOGA SELANGOR TERUS MAJU BERSAMA PAKATAN RAKYAT.
Catat Ulasan