04 April 2013

Tunda buka balai polis

Foto23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Kota Kinabalu: Balai polis baru di tujuh lokasi yang dirancang di bawah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang sepatutnya beroperasi 1 April lalu terpaksa ditunda berikutan masalah logistik.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah bersiap sedia menjalankan tugas memantau, tetapi disebabkan masalah itu, operasi di tujuh balai polis terbabit terpaksa ditangguh buat sementara waktu.

“Kami menjangkakan pembukaan ini akan dilakukan secepat mungkin iaitu dalam pertengahan bulan ini.

“Ini disebabkan oleh masalah syarikat pembekal yang masih tidak dapat menyediakan kabin yang diperlukan,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Transformasi Politik Keselamatan Sabah dan Penguatkuasaan ESSZONE, di sini, semalam.
ANGGORA tentera berkawal di sekitar Kampung Tanjung Labian, semalam.

Persidangan itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan ia turut dihadiri Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

sinar/-

Tiada ulasan: