04 April 2013

Siapa Kecewa Mahu Jadi Pengkhianat, Silakan

23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



KHABAR angin bertiup kencang ada yang mahu jadi calon Bebas di Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang angkara tidak tersenarai sebagai calon.  Baru-baru ini DS Anwar telah umumkan nama seorang tokoh muda, wanita berkelulusan undang-undang iaitu Sdri Cik Murnie Hidayah Anuar sebagai calon KEADILAN di Parlimen Paya Besar.  Pengumuman itu dibuat di dalam Program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan pada 30 Mac baru-baru ini.


Adatlah, tidak semua yang dipilih oleh pucuk pimpinan disukai 100% oleh penyokong parti.  Jika tokoh yang bercadang untuk menjadi calon Bebas itu pun jika dipilih oleh pucuk pimpinan, tidak juga 100% disukai oleh ahli-ahli parti dan pengundi tempatan.  Itu biasa dan berlaku di mana-mana sahaja hatta di Parlimen Permatang Pauh sekalipun bukan semua ahli menyukai DS Anwar Ibrahim.

Apa yang penting, parti diutamakan.  Tidak suka individu, jangan bunuh parti.  Ada cara mahu tolak individu tanpa membunuh parti sendiri.  Parti ada waktu pemilihan ketua dan semua ahli berhak memilih ketua masing-masing.  Ketika ini sesuai untuk digunakan bagi menolak pemimpin yang kita rasa tidak sesuai menjadi pemimpin.  Jika tidak suka cara 'Panglima' yang mengetuai kita berperang dengan musuh, jangan kita bunuh panglima kita di medan perang.  Itu kerja bodoh, namanya.  

Aku bukan sokong individu, aku sokong parti.  Bab calon biarlah yang berhak menentukan untuk membuat keputusan.  Kita di bawah cuma boleh cadangkan atau memberi pandangan sahaja.  Jika keputusan sudah dibuat, sebagai ahli parti perlu akur apatah lagi kita sendiri tidak mempunyai asas kukuh untuk menolak calon yang dipilih oleh parti.

Calon yang tidak terpilih, terpulanglah samada mahu jadi calon Bebas atau menukar diri menjadi 'katak'.  Jika sanggup berbuat demikian, memang tepatlah parti tidak mencalonkannya kerana terdapat unsur-unsur berjuang untuk kepentingan diri.  Aku sendiri akan bangkit menentang habis-habisan mana-mana calon yang tidak terpilih yang bertanding sebagai calon Bebas kerana mereka itu adalah pengkhianat sebenarnya.

 Blog wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: