31 Julai 2013

10 maut pertempuran di sempadan Pakistan-Afghanistan

22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam pertempuran antara pihak keselamatan Pakistan dengan militan Islam, di sempadan Pakistan- Afghanistan, awal hari ini. 


Laporan menyebut berpuluh penyerang bersenjata menyerang pos pemeriksaan di Wilayah Khyber dengan lapan militan dan dua askar terbunuh ketika berbalas tembakan. 


“Serangan berlaku di pos tentera berdekatan Sungai Bara. Pasukan tentera bagaimanapun berjaya menyerang balas," kata seorang pegawai. - AFP 

Tiada ulasan: