31 Julai 2013

Ada lagi ? Kementerian siasat kenyataan 'balik China, India'

NONE
22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan terkini seorang pengetua sekolah menengah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan perkauman, kata timbalan menterinya P Kamalanathan.

Katanya, perkara itu sudah dibawa ke perhatian kementerian dan siasatan segera akan dilakukan.

"Kita tidak sesekali membiarkan perkara ini... Jika dakwaan ini benar, tindakan mesti diambil," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk kepada Ketua MIC Shah Alam A Prakash Rao yang mendakwa ibu bapa mengadu kepadanya berhubung perkara itu.

Prakash mendakwa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah memarahi pelajar India dan China dengan menyuruh mereka "balik India dan China".


Ibu bapa mendakwa, pengetua itu marah apabila pelajar membuat bising semasa ucapannya dalam perhimpunan sekolah.

Enggan layan panggilan telefon

Sebelum ini, naib presiden Gerakan A Kohilan Pillay menggesa pengetua itu dipecat jika siasatan mendedahkan dia benar-benar mengeluarkan kenyataan itu.

Katanya, kenyataan itu, jika benar, merupakan simptom "perkauman terang-terangan" di kalangan penjawat awam dan guru-guru, yang berbahaya jika dibiarkan tanpa disemak.

Insiden terbaru itu muncul selepas kontroversi "kantin bilik persalinan" di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana.

Kakitangan SMK Alam Megah memberitahu Malaysiakini, pengetua itu tidak akan melayan soalan pemberita.

"(Pengetua) tidak akan menerima sebarang panggilan telefon kerana sekolah sudah putuskan tidak membuat sebarang kenyataan melalui telefon," katanya.

Menurutnya lagi, pengetua juga sebelum itu menghadiri mesyuarat di luar sekolah dan sekarang sedang menunggu "seorang pegawai" lain untuk satu lagi mesyuarat.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pegawai itu dari kementerian.Malaysiakini.

Tiada ulasan: