31 Julai 2013

Pemimpin Eropah: Keadaan Mursi baik

22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Mesir membenarkan diplomat tertinggi Eropah menemui presiden Islamis yang digulingkan Mohamed Mursi pada Isnin.


Catherine Ashton, ketua dasar asing Kesatuan Eropah (EU) sekali gus menjadi orang luar pertama menemui Mursi sejak rampasan kuasa tentera pada 3 Julai, lapor Reuters.

Mursi selepas itu dibawa ke tempat tahanan dan disiasat atas pelbagai dakwaan, termasuk membunuh.



Ashton menyifatkan pertemuan dua jamnya dengan Mursi sebagai "mesra, terbuka dan sangat jujur".



Pembantunya berkata perbualan kedua-dua pihak "mendalam".



"Saya cuba memastikan anggota keluarganya tahu baik keadaan dirinya," kata Ashton, yang diterima kedua-dua pihak bertelagah.



Ashton juga berkata, Mursi mempunyai akses kepada televisyen dan akhbar serta dimaklumkan berhubung keadaan dalam negara.



"Saya nampak beliau di mana," katanya. 



"Saya tidak tahu di mana dia berada, tetapi saya nampak kemudahan yang dia ada."

Tiada ulasan: