31 Julai 2013

Lapan cedera loji gas meletup di Florida

22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


MIAMI: Beberapa siri letupan berlaku di loji gas di tengah Florida, semalam menyebabkan lapan cedera dengan tiga daripadanya dilaporkan kritikal. 


“Mereka yang cedera adalah pekerja di loji berkenaan," kata jurucakap Pejabat Sheriff Lake County, John Herrell. 

Beliau berkata, letupan berlaku jam 10.30 malam apabila sekumpulan pekerja terdiri antara 24 hingga 26 orang berjalan untuk membuat pertukaran waktu bekerja. 



Letupan itu menyebabkan kebakaran besar di loji Blue Rhino dan berjaya dipadamkan awal hari ini. 



Terdapat satu kebocoran gas berlaku di sebuah tangki simpanan besar namun ia tidak mendatangkan risiko kepada Bandar Tavares yang berdekatan. 



Ketua Jabatan Bomba Tavares, Richard Keith, menolak kemungkina kejadian itu disebabkan sabotaj sebaliknya dipercayai berpunca daripada kerosakan peralatan. - AFP 

Tiada ulasan: