5 Safar 1433H. [MOD] -
GOMBAK – Kejadian aneh yang menimpa tujuh buah rumah yang menjadi sasaran orang minyak ternyata membimbangkan.
Salah seorang mangsa yang juga penduduk Kampung Laksamana, Mohd Fariz Ali, 29 berkata dia sekeluarga ini kini ketakutan selepas loceng rumahnya sering berbunyi selepas jam 12.00 malam.
Menurutnya kejadian mula berlaku pada Jumaat lalu apabila loceng rumahnya berbunyi berturut–turut dalam tempoh 10 minit namun agak aneh apabila diperiksa tidak ada sesiapa di luar.
“Butang loceng terletak di dalam kawasan rumah berhampiran pintu masuk utama, kalau hendak tekan butang itu, orang itu perlu masuk ke dalam rumah tetapi bagaimana orang itu dapat masuk ke dalam dan tekan loceng sedangkan pagar utama berkunci,”katanya yang bekerja sebagai juruteknik.
Jelasnya kejadian aneh itu tidak berhenti setakat itu apabila kejadian pelik berlaku sekali lagi pada hari berikutnya seperti biasa bila diperiksa tiada sesiapa di luar dan pintu pagar berkunci.
“Terbaru kejadian yang berlaku pada jam 12 malam kelmarin apabila kami sekeluarga mendengar bunyi bising seperti barang jatuh dari atas siling dan disusuli bunyi seperti dahan pokok patah,”katanya.
Sinar Harian

1 ulasan:
Huish Gombak area mana ni?
Catat Ulasan