5 Safar 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - “Saya ingatkan kami akan mati akibat ombak besar,” itulah keluhan dua nelayan muda yang terselamat selepas bot mereka karam di muka kuala dekat Kuala Besar di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Wan Mohamad Sayuti, 28, dan awak-awak, Muhammad Yusof, 30, sanggup bergadai nyawa berenang kira-kira setengah jam sejauh satu batu nautika dari daratan untuk meredah gelombang ombak besar untuk sampai ke Pulau Kuda bagi menyelamatkan diri setelah botnya karam.
Tekongnya, Wan Mohamad berkata, kejadian berlaku sekelip mata kerana ketika melalui muara kuala tersebut perjalanannya lancar dan terkejut apabila tiba-tiba botnya tersekat akibat laluan itu terlalu cetek.
“Kami semakin tertekan kerana ketika itu air mula memasuki bot dan saya terlalu bimbang disebabkan bot kami hampir tenggelam dipukul ombak yang besar.
“Apa yang terbayang di fikiran ketika itu adalah untuk menyelamatkan diri supaya kami tidak tenggelam ke laut dan dibaham ikan yu,” katanya ketika ditemui di Jeti Kuala Besar petang kelmarin.
Wan Mohamad berkata, setelah melihat keadaan semakin tidak selamat dia bersama awak-awaknya memakai jaket keselamatan terjun ke laut dan berenang selamatkan diri.
“Saya dan seorang lagi kawan berenang sekuat hati walaupun ketika itu badan terlalu berat kerana melawan ombak kuat.
“Saya bersyukur walaupun saya kerugian lebih RM150,000 tetapi nyawa kami berdua terselamat dan kami tidak serik untuk ke laut lagi kerana ia menjadi punca utama pendapatan saya,” katanya.
Katanya, sebelum itu dia menghubungi kawannya di daratan untuk mendapatkan pertolongan tetapi dia reda rakan yang lain tidak dapat berbuat apa disebabkan ombak mengganas ketika itu.
Wan Muhammad yang menjadi nelayan lebih 15 tahun itu berkata, sebelum kejadian dia bersama rakanya itu ingin berlabuh di Jeti Kuala Besar selepas keluar menangkap ikan beberapa hari lalu.
“Pada mulanya saya ingatkan bot ini dapat dikawal tetapi setelah hampir lima minit kemudian ombak besar mula memasuki ruang petak yang menempatkan bot kami dan menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi,” katanya.
Wan Muhammad meminta pihak berkaitan mengambil inisiatif bagi mengelak laluan itu kembali cetek kerana ancam nyawa nelayan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan