5 Safar 1433H. [MOD] -
MERSING - Sebuah keluarga di Kampung Sungai Padang Endau di sini tinggal sehelai sepinggang apabila hampir keseluruhan rumah mereka rentung dalam kejadian kebakaran petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 3.05 petang itu dipercayai berpunca daripada litar pintas yang berlaku dari sebuah bilik di rumah berkenaan.
Mangsa, Mohd Salleh Sakka, 42, berkata, ketika kejadian, dia berada di dapur. Manakala isteri dan dua anaknya sedang duduk di ruang tamu.
“Semasa di dapur, saya lihat asap keluar dari bilik di bahagian dapur rumah. Kemudian, api marak dengan pantas sehingga saya tak sempat selamatkan apa-apa.
“Saya hanya dapat berlari masuk ke ruang tamu untuk selamatkan isteri dan anak-anak. Namun, usaha untuk selamatkan barangan berharga gagal kerana bahang api terlalu panas selain risau bumbung rumah runtuh,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Salleh berkata, dia turut berlari keluar meminta pertolongan jiran, tetapi kebakaran merebak terlalu cepat sehingga memusnahkan hampir keseluruhan rumahnya.
“Walaupun segala dokumen penting termasuk buku rujukan sekolah anak tidak dapat diselamatkan, tapi saya bersyukur semua keluarga saya selamat,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Sulong Khaled berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian pada jam 3.11 petang.
Menurutnya, tujuh anggotanya segera ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.
“Api yang dipercayai akibat litar pintas itu berjaya dipadamkan setengah jam kemudian. Jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Katanya, mangsa kebakaran kini di tempatkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Endau sementara waktu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan