5 Safar 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH - Kepala mangsa hanya kira-kira lima sentimeter daripada tayar treler tetapi dia bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan di Kampung Londang, Masjid Tanah, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Mokhtar Kassim, 50, dari Kampung Tanjung Bidara, nyaris maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan, lalu merempuh sebuah treler yang sedang mengundur.
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berseorangan dan baru pulang dari sebuah ladang di Paya Rumput.
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa terperosok di bawah treler, sementara motosikalnya tersepit di bawah tangki gas kenderaan itu.
Pemandu treler terbabit, Zamri Mohd Nor, 32, berkata, ketika itu, rakannya, Yatim Mustafa, 39, sudah bersedia mengawal lalu-lintas bagi memudahkan urusan mengundurkan kenderaan itu yang membawa muatan batu-bata untuk keluar.
“Saya undur treler perlahan-lahan dan keadaan waktu itu tidak sibuk kerana kurang kenderaan melalui jalan berkenaan.
“Saya memang tidak menyedari ada penunggang motosikal di laluan kiri. Ketika mengundurkan treler, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ranting kayu di patahkan dan saya cuba meninjau dari cermin sisi sebelah kiri tapi saya tidak nampak dahan kering melintang atas jalan,” katanya.
Menurutnya, dia kemudiannya keluar dari kenderaan dan bertanya kepada rakan, sama ada melihat sebarang benda tersangkut di bawah lori ketika mengundur.
“Bagaimanapun, selepas membuat pemeriksaan, kami terkejut melihat sebuah motosikal terperosok di tengah lori.
“Ini kemalangan pertama sejak lima tahun saya bekerja sebagai pemandu treler. Memang terkejut apabila melihat sepasang kaki terjulur keluar dari bahagian tengah treler,” katanya.
Zamri berkata, mereka segera membantu mengeluarkan mangsa yang terbaring meraung kesakitan.
“Ketika itu kami lihat kepalanya begitu hampir dengan tayar lori, jaraknya anggaran lima sentimeter sahaja.
“Agak sukar mengeluarkan mangsa yang tersepit kerana kaki kanannya dihempap motosikal,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Hospital Alor Gajah berkata, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri, patah kaki kanan dan luka kecil di dagu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan